Review ; Escape Park, Penang.

Harini I nak update review the most adventurous place in Penang ; Escape Park! Siapa tak pernah dengar dan takde idea lansung tentang Escape Park? Okay, Escape Park ni terletak di Teluk Bahang, betul betul bersebelahan Batu Ferringhi.

Escape Park, Penang I would say, one of the place I've always wanted to go since it's opening in 2014. Tapi disebabkan my family is more to shopping and city type, I takde geng untuk kesana. Kawan kawan ada.. tapi untuk route ke Penang, ah it takes a miracle for that to happen. 💁

BUT! Lucky me I'm married to a.. not so adventurous guy but willing to layan (read : he was given no choice) her wife so yes , ticked off the wish list. LIKE FINALLY. Weee.

2 weeks before we went to Escape Park, as usual the wife would do the research part e.g. where to stay, fee of the admission ticket, type of clothes to wear, shoes, etc. As I did my research I realised, price of the ticket can change for some reasons e.g. peak dates, online, walk in, local, expat, kids, adults, senior citizens. One thing I could conclude, for a better cheaper deal, opt for OFF peak dates, and buy the ticket ONLINE. I jimat around RM30/seorang cause I bought it online. 😽

Disebabkan harga yang tak tetap, I suggest korang refer di laman web rasmi Escape Park, Penang. 
Harga yang I dapat ialah RM102 (adult & online purchased).

Selepas buat pembelian tiket, korang akan dapat access code. Sila hafal access code tersebut sebab ia umpama pin code kad bank korang lah. I'll explain further later.

Waktu Operasi ;
Selasa - Ahad *Tutup setiap Isnin*
10am - 6pm
(Better ke sana as early possible sebabnya terlalu banyak aktiviti korang nak buat, jadi, dengan masa yang panjang, korang akan lebih enjoy dan tak rushing!)

Perlu hubungi team Escape Park?
T : 04-881 1106
E : info.escape.my

Menariknya Escape Park ni ialah.. It is a combination of A'famosa Themepark + Skytrex, Extreme Park. Kenapa tak Sunway Lagoon? Sebab dia tak ada roller coaster thingy. Tapi waterpark dia is way better and adventurous than A'famosa! Yasss you read it right. Tempat ni umpamanya memang diciptakan untuk orang yang adventure, tapi ada nilai kanak kanak dalam diri. Di Escape Park, anda digalakkan jadi monyet hence Monkey Business is one of their top attraction!🙉

Okay before I jumped into attractions yang ada disana, let me first remind you BARANG YANG PERLU BAWA (read : priorities).
  • Proper swimwear - kalau tak ada, boleh rent. Untuk perempuan, ada swimwear muslimah yang korang boleh rent dengan harga serendah RM10 dan lelaki RM15. It comes with many sizes. Nak beli pun boleh. 
  • Towel & spare clothes.
  • Sport shoes. 
  • Comfortable light clothes suitable for sports activities. Elakkan baju berzip, jeans. 
JANGAN BAWA
  • Barang kemas intan berlian as it might be a safety hazard. 
  • Valuable items. 
  • Makanan/minuman luar.  
Tips : Untuk camera, bawa GoPro supaya boleh dipakai secara lasak. BAWA BERSAMA accessories seperti headband atau body chest strap sebab di seksyen Monkey Business, no phone or camera allowed except GoPro. GoPro tak boleh pegang with hands. So, kena attach with head accessories. Tak ada GoPro? Fiza ada servis sewa GoPro RM50/day. PM tepi di 013-3214040. 😋

Escape Park ada dua bahagian ; Pertama, Outdoor. Kedua, Water Themepark.

So obviously, korang perlu siap sedia dengan baju untuk aktiviti outdoor (kering) dan baju utk themepark (basah).

Another good thing about Escape Park ni ialah they practice cashless system. Maksudnya, cash korang tak laku. Ada 2 method untuk korang top up duit. Pertama, masa korang nak beli tiket online, boleh siap2 isi duit. Kalau ada balance, jangan risau, boleh redeem semula. Kedua, top up sahaja duit di counter.

Terdapat locker disediakan dengan bayaran RM15 (RM5 rental + deposit RM10). Sekali bayar saja, tapi boleh buka tutup 80 kali tanpa perlu another charge. Part ni best. Tak macam themepark lain. Jimat. Kemudian, buka locker guna access code sahaja. Hehe. 

Untuk pengetahuan korang, kawasan outdoor dan water themepark tidak disatukan. Ia dipisahkan dengan satu jalan. Jadi, untuk ke kawasan outdoor, korang kena keluar dari water themepark dan melintas ke seberang. Entrance juga berbeza. Tapi jangan risau, once paid, you can go in and out sesukahati. You'll be given one access code untuk masuk ke dalam park. Jalan dijaga oleh RELA sepanjang masa waktu operasi atas faktor keselamatan. Thumbs up for such a good service 👍

Outdoor (Extreme Park)

Antara fakta menarik, Escape Park, Penang ni ialah eco-conscious adventure park yang mana sangat mementingkan nature. Segala pokok di sekeliling dikekalkan sepanjang pembinaan park ni. Antara tarikan permainan di extreme park ni ialah ;

1. Tubby Racer [My personal favorite]. Tapi kena angkat sendiri pelampung yang berat menuju ke bahagian atas untuk menggelongsor ke bawah. Penat juga, tapi bila dah turun, rasa berbaloi sebab best gila! Feeling dia tak sama macam turun gelongsor waterpark tau. Ada dua laluan yang korang boleh pilih. Lurus sahaja atau bengkang bengkok.


2. Monkey Business. Ada 3 level. Easy, Intermediate, Hard. Di bahagian permainan ni, strictly no cellphone/camera is allowed kecuali GoPro yang mempunyai accessories yang dipasangkan di kepala atau badan.  Monkey business ni permainan dia macam di Skytrex, Shah Alam. A MUST TRY section!


3. Atan's Leap. Nak rasa macamana perasaan terjun bangunan bila kecewa putus cinta? Cuba permainan ni. Terjun dari jarak 20-30meter. Kecut juga lah perut bila jengah bawah. Tapi bila terjun tu, rasa okay saja sebab kita dapat rasa ada benda yang gantung kita.

4. Jumping Jack. Dekat rumah nak lompat Emak marah kan? Sini lompat puas puas. Siap boleh flip sekali. Hehe.


5. Aerobat. Tempat ni lebih kurang macam gimnastik. Daya balancing dan kecekapan diperlukan. Sebelum ke gelanggang sebenar, dia akan ajar dan suruh kita cuba di bahagian berlatih dulu. I didnt do this sebab baju akan terangkat2 dan menampakkan badan. So I cuma jadi cheerleader suami saja.

6. Zoom Bug. Antara pemainan kanak kanak yang ada sini. Tapi orang tua bangka pun boleh main. Ala, just for fun. Hehe.

Okay sebenarnya ada banyak lagi aktiviti lain di extreme park tapi korang kena lah datang sini untuk explore sendiri hehe. I suggest to allocate around 2-3jam just for the extreme activities. Then move to waterpark. Sebab waterpark activities pun boleh tahan banyak untuk di explore. 

All in all, I sangat enjoy my day in Escape Park Penang. Kalau ada jodoh, sure I akan drag my husband untuk ke sini lagi. It worth every penny, especially kalau korang adalah orang yan sukakan aktiviti lasak. Macamana pula kalau nak pergi bersama anak anak kecil? Boleh juga. Ada je section tarikan untuk anak anak. Tapi boleh dikatakan 80% tarikannya adalah untuk orang dewasa. 

Okay sekian my honest review on Escape Park Penang. Kalau nak tiket murah, boleh guna promo code AFIZA SULIKA. Eh gurau je. hahahahahha

Til next post! Assalamualaikum. 


















Comments

Popular Posts